Sempena hari bapa, Mama ingin merakam memori khas bersama bapa kepada anak-anak mama.

Mama sangat diberkati dengan perkongsian Pastor di geraja hari ini. Kata kunci sempena hari bapa ialah Bapa Kunci Berkat. Tanggungjawab seorang bapa ini sangat besar. Sebagai ketua keluarga, seorang bapalah yang menjaga isteri dan anak-anaknya. Juga bertanggungjawab atas keperluan, arah tuju dan kebajikan seluruh keluarga.

Mama juga sangat diberkati dengan Firman Tuhan yang Pastor kongsikan tadi:

Efesus 6:4 – Hai bapa-bapa, janganlah perlakukan anak-anak kamu sedemikian rupa sehingga mereka menjadi marah. Sebaiknya, didiklah mereka dengan ajaran dan nasihat Tuhan.

1 Petrus 3:7 – Demikian juga kamu, suami-suami harus hidup dengan isteri kamu dengan penuh pengertian, dan sedar bahawa mereka itu kaum yang lebih lemah. Perlakukanlah mereka dengan hormat,kerana mereka bersama-sama kamu, akan menerima anugerah hidup sejati dan kekal daripada Allah. Berbuatlah demikian supaya tiada sesuatu pun menghalangi doa kamu.

Harapan mama, semoga kami sebagai ibubapa kepada anak-anak terus dapat membimbing mereka menjadi anak yang percaya dan taat kepada Tuhan.

Activiti Hari Bapa di Sunddy School hari ini.

 

bapa-kunci-berkat
Bapa dan anak-anak

 

bapa-kunci-berkat
Selamat Hari Bapa Sayang! Terima kasih kerana begitu sabar menjaga kami.
Bapa Kunci Berkat

Post navigation


4 thoughts on “Bapa Kunci Berkat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge