kenapa-perlu-makan-vitamin

Mengemas barang-barang lama, terjumpa pula buku Total Welness Connection ni. Lama tersimpan, kalau tidak silap sejak 2013. Happy pula terjumpa buku ni, sebab terflash back juga sebab Kenapa kita perlu makan Vitamin?.

So, kenapa kita perlu makan Vitamin?

1. Pelengkap dos kerperluan vitamin setiap hari.
Badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetangah nutrien dan pemakanan harian kita tidak mampu mencapai keperluan tersebut. Contohnya, belum tentu kita perolehi Vitamin E dan Vitamin C dari makanan kita hari ini. Ataupun jika ada, tidak mungkin mencukupi untuk memberi kesan pencegahan terhadap penyakit atau kesan anti-penuaan.

2. Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin sudah terjejas dan tercemar.
Zaman sekarang, penggunaan penyembur racun perosak digunakan secara meluas keatas buah-buahan dan sayur-sayuran. Penanaman ditanah yang tidak subur dan mengandungi bahan galian yang kurang juga boleh menjejaskan kualiti dan zat yang ada didalam buah-buahan dan sayuran tersebut. Lebih dari itu, ada juga buah dan sayur yang di ‘wax’ supaya ianya tahan lama!

3. Kehilangan nutrien dalam makanan.
Proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan makanan sangat mempengaruhi kualiti zat dan vitamin yang terdapat didalam makanan. Contohnya, Vitamin C dan enzim sangat sensitif dengan haba. Ianya mudah musnah semasa proses memasak makanan.

4. Mangamalkan gaya hidup tidak sihat.
Gaya hidup juga memberi kesan besar terhadap kualiti nutrisi yang diterima tubuh kita. Gaya hidup yang sibuk memaksa kita memilih makanan segera akibat kesuntukan masa. Selain itu, kerana kesibukan berkerjaya lebih ramai yang memilih untuk membeli makanan dari luar tanpa mengetahui tahap kebersihan dan kualiti makanannya. Amalan mengambil minuman beralkohol dan amalan merokok juga memberi kesan mengurangkan nutrisi didalam badan.

5. Gangguan penyerapan nutrisi daripada makanan.
Pengambilan ubat-ubatan, laksatif, pil penahan sakit, minuman berkafien, alkohol dan antibiotik menganggu proses penyerapan zat makanan.

6. Kita sering terdedah terhadap pencemaran alam sekitar.
Kehidupan harian kita adalah terdedah kepada pencemaran udara, air, haba, cahaya dan banyak lagi. Pendedahan kepada pencemaran alam sekitar ini menggangu kesihatan dan emosi.

7. Rakyat Malaysia makan mengikut selera rasa.
Tidak disangkal lagi, negara kita terkenal dengan berbagai jenis makanan yang sedap-sedap kan. Rasa sedap ini sinonim dengan rasa lebih manis atau masin. Selalunya, kita makan tanpa memikirkan kesan perasa yang kuat itu terhadap tubuh kita. Seringkali kedengaran ‘enjoy makan dulu, kalau sakit kita makan ubat’. Inilah gaya hidup orang kita.

Oleh yang demikian, Vitamin sangat penting. Selain untuk melengkapkan keperluan nutrisi dalam badan, ia juga bertindak untuk pencegahan awal daripada serangan penyakit kritikal. Vitamin adalah antara langkah pertama menghindari penyakit merbahaya seperti sakit jantung, kanser, diabetis, arthritis dan sebagainya. Selain itu, jom amalkan gaya hidup sihat dengan berusaha untuk amalkan senaman ringan sekurang-kurangnya 30 minit, tiga kali seminggu.

Mungkin kita telah mengambil makanan yang dirasakan sesuai, tetapi badan kita tetap tidak segar dan tidak bertenaga kerana sebab-sebab di atas. Vitamin ini merupakan makanan tambahan dan bukan bertindak sebagai pengganti makanan. Vitamin berfungsi menambah nutrisi yang diperlukan dan bukan tempat bergantung untuk mendapatkan nutrisi semata-mata.

Mama harap anda mendapat gambaran jelas dan manfaat dari perkongsian kali ini.

Jika anda berminat untuk mengetahui sebarang Vitamin Shaklee, bolehlah hubungi saya di 016-8461332 atau terus klik nombor tersebut untuk terus masuk ke mesej Whatsapp.

Penghantaran ke seluruh Malaysia dan perkhidmatan COD disediakan di sekitar Kota Kinabalu, Likas, Inanam, Tebobon dan Indah Permai.

Love,
Mama Kuai Tahir
Pengedar Shaklee Mesra
Like FB Page: Kuai Vitamin House
Instagram: The Vitamin House 

 

Kenapa Perlu Makan Vitamin?

Post navigation


6 thoughts on “Kenapa Perlu Makan Vitamin?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge