myduniahosting

Hari ini saya ingin share pengalaman saya mencari domain dan hosting untuk bertukar dari kuaitahir.blogspot.com ke kuaitahir.com.

Bertukar ke .com adalah impian saya sejak dulu. Sebab dulu saya aktif juga blogging sebelum kewujudan Facebook, Instagram, Twitter dan banyak lagi kemunculan platform media sosial sekarang ni. Tapi bercuti agak lama apabila mulai sibuk dangan kerja dan keluarga juga blogging bersaing hebat dengan kemunculan media sosial lain.

So, baru-baru ni mood blogging mulai kembali. Sambil itu blog memudahkan saya untuk kongsikan Vitamin Shaklee, Tips & Resepi-resepi. Selama ini hanya memendam saja idea-idea untuk entry. Berlalu di tiup angin bayu dan hanya menyinggah sebentar menjadi Status ringkas di Facebook.. haha

Kembali blogging setelah bertahun tidak bermain dengan HTML, blog template dan hal-hal blogging lain, pengetahuan tu sememangnya kembali  ZERO. Outdated dan sangat ketinggalan.

Dipendekkan cerita, apabila sudah datang mood jangan alang-alanglah kan. Saya mulai membuat carian cara untuk bertukar dari blogspot ke wordress dengan nama .com. Siang malam mencari sampai tidak cukup tidur ok. Sebab risau blog lama di blogspot tu tidak dapat dipindahkan ke WordPress.

Selama ini  saya menyangka, untuk bertukar ke .com ni perlu membelanjakan wang yang banyak untuk hire orang buat website/blog kita selain membeli domain dan hosting. Selain itu, saya susah untuk bezakan apa itu Domain dan Hosting. Dan sampai sekarang ni pun masih belum faham-faham lagi. hahaha.. Totally ZERO katakan.

Syukur setelah hampir penat mencari, rakan blog Merza sarankan Myduniahosting ni. Beliau sendiri menggunakan hosting yang sama. Since review beliau agak sesuai dengan keadaan saya yang tidak tahu apa-apa lagi, saya memilih untuk mencuba. Sebenarnya saya hampir memilih Syarikat Bluehost kerana dimana-mana carian semua sarankan Bluehost ni, tapi akaun nombor kad di Paypal akaun saya belum update sejak penukaran kad besar-besaran hujung tahun lalu.Oleh kerana Myduniahosting ni adalah syarikat hosting Malaysia, pembayaran boleh dibuat secara Online Banking melalui Maybank2u. Best dan memudahkan!

So, sekiranya anda sememangnya ZERO macam saya. Tak payah pening-pening hinggakan tidak cukup tidur mencari hosting. Saya sarankan myduniahosting ni kepada anda. Oleh kerana myduniahosting ini adalah hoster pertama yang saya guna, maka saya tidak dapat membandingkan dengan hoster syarikat lain ya. Saya hanya share semua tentang myduniahosting saja.

Myduniahosting ini adalah Syarikat Web hosting Malaysia. Mereka menyediakan beberapa pakej untuk anda membina blog atau website. Saya memilih Pakej terbaru mereka iaitu Managed WordPress Hosting X Small iaitu yang paling basic berharga RM120/setahun dan percuma Domain (untuk buat nama kuaitahir.com ni) seumur hidup kalau tidak silap.

Dengan pembelian pakej ini, saya terus boleh memiliki akaun wordpress dengan nama domain saya sendiri. Sekiranya anda tidak ada blog lama untuk dipindahkan dan hanya ingin memulakan blog baru, anda terus saja setkan theme blog anda kerana semua setting adalah menggunakan paparan WordPress.

Tetapi sekiranya anda ingin memindahkan blog lama dari blogspot atau wordpress, pihak syarikat myduniahosting juga berbesar hati akan membantu anda.

Dan sekiranya anda ingin buat sendiri, juga agak mudah. Buat carian tutorial online dan ikut  cara step by step. WordPress juga menyediakan Plugin untuk import blog dari blogspot ke wordpress dan juga plugin untuk Redirect dari blog lama ke alamat blog anda yang baharu.

Kesimpulannya, dengan hanya RM120 saya berjaya memiliki kuaitahir.om yang simple ini. Lepas ni bolehlah shopping Theme cantik yang berbayar pula kan.

Sampai disini saja entry kali ini. Doakan saya supaya ada masa untuk buat entry tutorial proses-proses pemindahan pula ya. Jika ada pertanyaan atau info saya kurang jelas, silakan bertanya.

 

Love,
Kuai Tahir

 

Myduniahosting Review (2017)

Post navigation


8 thoughts on “Myduniahosting Review (2017)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge