Setiap ibu ingankan yang terbaik untuk bayi mereka. Ada yang berpendapat bahawa susu ibulah yang terbaik dan ada juga yang berpendapat bahawa susu Formulalah yang terbaik. Apa pun pilihan setiap ibu, saya percaya bahawa semua itu kerana inginkan yang terbaik untuk anak masing-masing.

Walaupun zaman semakin moden, tetapi ramai ibu yang sedar bertapa berharganya nilai setiap titisan susu ibu kepada bayi mereka.

Saya sendiri memilih untuk memberikan susu ibu kepada anak-anak saya. Saya percaya bahawa susu ibu lah yang terbaik untuk anak-anak saya.

Penyusuan susu ibu ini tidaklah mudah seperti yang dilihat. Banyak cabaran dan pengorbanan terutama kepada emosi dan tenaga ibu itu sendiri. Cabaran tersebut sedikit sebanyak memberikan kesan kepada penghasilan susu ibu. Sangat penting untuk seorang ibu itu mendapat sokongan padu, terutamanya daripada suami, keluarga dan kawan-kawan sepanjang tempoh penyusuan.


Dipendekkan cerita, seorang ibu menyusukan bayi perlukan keinganan kuat untuk susukan bayi tanpa paksaan barulah kuat menghadapi semua cabaran.


So, kali ini saya kongsikan petua banyakkan susu ibu kepada ibu-ibu yang bakal atau sedang menyusukan bayi:


1. MINUM AIR SECUKUPNYA

80% kandungan dalam susu ibu itu adalah air. Oleh itu, harus minum air masak secukupnya sehari.

2. MAKAN MAKANAN BERKHASIAT

Amalkan pengambilan makanan sihat seperti yang dicadangkan dalam pyramid makanan. Ibu memerlukan sumber nutrisi lengkap untuk kekalkan tenaga dan elakkan badan ibu cepat penat dan stress. Bila badan stress, kualiti dan kuantiti pengeluaran susu ibu akan terganggu.

3. PASTIKAN BREAST SELALU KOSONG

Dalam proses penyusuan ini, terma ‘supply and demand‘ sangat penting. Semakin banyak permintaan, maka semakin banyaklah stok susu dikeluarkan. Maknanya, breast yang kosong bantu merangsang penghasilan susu ibu yangbaru dengan lebih pantas. Ajaibnya ciptaan Tuhan kan. 


Kepada ibu yang berkerja, dicadangkan untuk Pam sekali setiap 2 jam. 

4. CEKAL DAN KUATKAN SEMANGAT

Adakalanya dalam tempoh penyusuan, ibu akan berasa sangat penat, rimas dan hampir putus asa. Tetapi fikirkanlah kebaikan susu ibu kepada anak anda. Saya percaya, susu ibu diciptakan kerana susu ibulah yang terbaik untuk bayi anda. Cekalkan hati dan nikmatilah setiap saat ‘bonding time’ anda bersama bayi anda.

5. ELAKKAN STRESS

Seperti yang saya telah sebut di atas, stress boleh menganggu penghasilan susu ibu. Ibu kena banyakkan bertenang dan bersosiallah dikalangan rakan ibu yang lain. We are not alone, ramai ibu-ibu di luar sana yang berjuang seperti anda.

6. SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF

Setkan dalam minda bahawa anda mampu dan teruskan niat memberikan hanya yang terbaik untuk si bayi.

7. AMBILAH MAKANAN TAMBAHAN

Ibu memerlukan sumber nutrisi lengkap untuk kekalkan tenaga dan elakkan badan ibu cepat penat dan stress. Bila badan stress, kualiti dan kuantiti pengeluaran susu ibu akan terganggu. Selalunya badan tidak dapat menerima nutrisi yang diperlukan dari diet harian kita. Bayi turut mendapat kebaikan dengan enghasilan susu ibu yang lebih berkualiti.


Antara kesan badan kekurngan nutrisi ialah selalu penat, badan lesu tidak bermaya, selalu stress dan emosi tidak menentu. Oleh itu saya pengambilan makanan tambahan atau supplement sangat penting.

Saya sarankan pengambilan Set Penyusuan dari Shaklee. Shaklee adalah sumber vitamin semulajadi yang dipercayai sejak berpuluh tahun dan telah membantu ramai ibu yang mengalami masalah penyusuan. Selain membantu dalam penyusuan ibu, set ini juga memberi manfaat untuk kecantikan dan kesihatan secara menyuluruh.

Set Penyusuan Shaklee yang saya maksudkan adalah:



  • 1. ESP SHAKLEE

ESP adalah sumber protein terbaik. ESP mengurangkan rasa letih agar sentiasa bertenaga sepanjang hari danmerupakan salah satu MILK BOOSTER serta memekatkan susu ibu.

  • 2. VITALEA

Vitalea adalah sumber multivitamin dan multivitamin yang diperlukan tubuh setiap hari. Bila badan cukup nutrisi, maka badan pun akan sentiasa sihat dan bertenaga.

  • 3. S. R. VITAMIN C

Membantu meningkatkan imuniti tubuh, sumber collagen, kesihatan sel, untuk kesihatan kulit dan antioksidan. 

  • 4. B-COMPLEX

Ia membantu mengurangkan stress, mengimbangi hormon, membakar makanan menjadi tenaga dan sumber asid folik. Juga memberikan kesan muka berseri-seri dan bermaya.

  • 5. ALFAFA COMPLEX
Alfalfa dikenali sebagai Raja segala Tumbuhan. Digunakan zaman-berzaman sebagai penambah susu di negara Barat. Disamping itu, kebaikan Alfalfa ini sangat banyak seperti membantu masalah penghadanam, sengugut, kesihatan dalaman wanita, nyah toksin, masalah ke[utihan dan banyak lagi.
Ibu-ibu yang pernah mengambil set penyusuan ini mendapati badan mereka tambah bertenaga dan penghasilan susu badan bertambah. 



TESTIMONI IBU-IBU YANG TELAH MENGAMALKAN SET PENYUSUAN SHAKLEE:











Ok lah, telah banyakkk testimoni Set Penyusuan ini memberi kesan positif kepada ibu-ibu yang telah mengamalkan set ini. Saya berharap agar masalah penyusuan anda juga dapat diselesaikan dengan mengamalkan petua-petua asas yang saya kongsikan ini. Sebab saya sendiri telah mengalami kesusahan dalam tempoh penyusuan dan saya sangat bersyukur kerana diperkenalkan dengan set penyusuan Shaklee ketika menyusukan anak ke-2 seterusnya berjaya menyusukan sehingga anak saya berumur 2 tahun 2 minggu.

So, jika anda ingin dibantu dan ingin mencuba set ini, boleh klik gambar Buy Online di bawah ni (pembayaran melalui Kad Debit atau Kredit) atau klik gambar Direct Whatsapp untuk apa saja pertanyaan ya.



So, jumpa lagi di coretan akan datang. Jika anda sudah memiliki Set penyusuan ini, jangan lupa amalkan secara konsisten ya.

Semoga bermanfaat dan All the best!


Love,
Kuai Tahir || 016 8461332
Pengedar Shaklee Mesra Anda.



PETUA BANYAKKAN SUSU IBU

Post navigation


0 thoughts on “PETUA BANYAKKAN SUSU IBU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge