Hari ini saya ingin kongsikan resepi mudah, Mee Sup Kota Belud atau lebih dikenali dengan nama Misup KB.

Misup KB ni popular dikalangan Sabahan terutamanya bagi yang berasal dari daerah Kota Belud. Kadangkala kami orang KB yang berkerja di luar daerah, akan balik KB semata-mata ingin melepaskan rindu kepada Misup KB.

Tetapi selalunya keinginan mahu makan Misup KB ini datang pula pada hari berkerja dan bukan pada hujung minggu. Jadi kenalah masak sendiri di rumah. Walaupun rasa tidak sama 100%, tapi tetap memberikan kepuasan. Sebab Misup kb ini menggunakan mee telur halus dan agak sukar dijumpai di pasaraya biasa. So, saya memilih mihun Dongguan Rice Stick (kami gelar mihun cina) untuk menggantikan Mee telur.

Misup KB ini juga suda menjadi menu utama kami sekeluarga jika ada keluarga dan kawan-kawan datang berkunjung ke rumah. Sebab bahan-bahan yang senang disediakan dan mudah disediakan. Cuma memerlukan masa untuk sediakan kerana semua bahan dimasak/ dibuat sendiri seperti bawang goreng dan sos Cili Padi.

So, kalau ada kawan-kawan yang ingin berkunjung ke rumah untuk makan Misup KB ni, kenalah maklumkan sehari lebih awal ya. Sebab kena beli Ayam bulat yang fresh, barulah sedap. Hahaha..  Nyum!


Kalau ingin masak sendiri Misup KB, bolehlah cuba resepi ni.

BAHAN-BAHAN:

BAHAN A: Sup rebusan ayam
Ayam Bulat x 1 dibuang kulit (Kalau ingin sup cukup rasa & sedap, kena gunakan keseluruhan Ayam)
Bawang Putih
Garam
Serbuk Secukup Rasa atau Kiub Ayam

BAHAN B: Sambal Cili Padi
*Cili Padi 20 biji (atau ikut selera)
Bawang Putih 4 Ulas
Secubit Garam (atau tanpa garam)
Secawan air masak

*BAHAN C: Bawang Goreng
Bawang Merah 500g
Gula 1 sudu kecil
Minyak 1/2 cawan

BAHAN D: Perasa tambahan hidangan
Kicap Cair
Serbuk lada putih
Cuka

Sambal Cili Padi (bahan B)

BAHAN E: 
Dongguan Rice Stick x 1 pek boleh 3 orang makan
– Rendam air masak sehingga lembut dan toskan.
*Daun Sup Wangi seikat (bukan daun ketumbar ya)
– Dihiris 


*Bahan penting yang memainkan peranan untuk memberi rasa Misup KB sebenar.

CARA-CARA:

BAHAN A: Sup rebusan ayam

1. Potong ayam besar-besar dan buang lemak & kulit (jika mahu). Saya akan asing-asingkan mengikut bahagian iaitu peha, kepak, dada dan tulang belakang supaya ayaam cepat masak.

2. Didihkan air mengikut sukatan air yang anda perlukan. Setelah mendidih, masukkan semua bahan A. Bawang putih dibasuh dan dimasukkan tanpa dibuang kulit.

3. Rebus sehingga ayam masak. Ayam dikeluarkan untuk ditoskan & sejukkan. Potong daging ayam kepada saiz lebih kecil untuk dihidangkan nanti.

Sementara menunggu Sup masak, bolehlah siapkan bahan-bahan yg lain.


BAHAN B: Sambal Cili Padi


1. Blender kesemua bahan B hingga hancur. 

2. Siap dan masukkan dalam bekas.

BAHAN C: Bawang Goreng Rangup

1. Kupas dan hiris dadu bawang merah.

2. Panaskan minyak dan goreng bawang merah bersama gula dengan api sederhana sehingga perang.

3. Tips, matikan api apabila bawang anda 85% telah perang untuk mengelakkan bawang hangus.

Penting Selain daun sup wangi, Bawang goreng rangup ni memainkan peranan sangat penting dalam hidangan ini. So, memang tidak boleh Short-Cut untuk menggunakan bawang goreng Segera yang dijual di kedai. Sebab haruman dan kerangupan bawang tidak sama dan menghilangkan rasa Misup KB sebenar.

Apabila semua Bahan A- C siap, sediakan semua bahan-bahan anda dan Perasa tambahan seperti dalam gambar dibawah;


Perasa tambahan


Bahan hidangan yang perlu ada.
CARA MENGHIDANG:

Masukkan mihun yang sudah direndam & ditoskan tadi ke dalam mangkuk. Masukan isi ayam yang telah dipotong kecil dan taburkan daun Sup & bawang goreng. Tuang sup ayam yang sedang panas mendidih ke dalam mangkuk, Siap! 

Dengan itu, maka Misup KB anda sudah sedia untuk dihidangkan dan bolehlah dikongsikan dengan keluarga dan kawan-kawan.

Ini antara kenangan kami makan Misup KB bersama keluarga dan kawan-kawan. Walaupun hanya Misup KB, tapi kami gembira berkongsi berkat makanan sambil bersosial secara Offline.

Jika ada info kurang jelas, bolehlah WA atau bertanya di ruangan komen ya.

Selamat mencuba dan semoga jumpa lagi di resepi yang lain pula.

Feel free untuk tekan butang Share. 

Sharing is Loving.

Love,
Kuai Tahir | 016 846 1332

Resepi Misup KB

Post navigation


4 thoughts on “Resepi Misup KB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge